Translate my post to your language :D

Saturday 12 October 2013

I Love You , Pabo (episod 1)

Suasana di Korea University pada pagi itu sungguh aman dan damai. Universiti yang terletak di wilayah Seongbuk-gu dan reka bentuknya seperti istana, meriah dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Sungguh menenangkan jiwa dan fikiran mereka yang berada disitu.

"Hei laki, kau ingat, kau anak tengku, kau boleh buat ikut suka hati kau? Kau fikir kau siapa?" Tempelak Arianna. Geram sungguh dia melihat mamat poyo+bajet dihadapannya. Asbestos la kau. Aku siram dengan asid etonoik baru kau tau!

"Hei perempuan, kau pulak? Kau siapa nak mengarah aku buat apa yang aku tak nak? You are not my parents or anyone" Balas Adam. Pergi blah la kau. Kalau tak disebabkan oleh prof Lee Kyung Hwa yang mintak aku dengan kau satu team, tak adanya aku nak kerja sekali dengan kau la.

Wajah Arianna ditenung tajam. Gadis yang mengenakan blaus biru terang dipadankan dengan kulitnya yang putih susu tampak begitu sofisticated, Rambutnya yang diikat satu membuatkan dirinya kelihatan matang. Tanpa dia sedar, segaris senyuman terukir di wajahnya

Pasal apa pulak mamat ni senyum sorang sorang? Kena sampuk dengan hantu korea ke apa?Arianna kehairanan. Tadi punyalah muka serius macam nak telan orang, sekarang dah tersengih-sengih macam kerang busuk? apa kes...

"Hello? No photographer is here to take your picture la." sindir Arianna. Wajah adam mula merona merah. Aduish.. Apa pasal tersenyum pulak ni. Adam melangkah pergi. Tak betah dia hendak berlama-lama disitu. "Oi! Apa nak jadi dengan kerja ni?!" Teriak Arianna. Ada ke patut mamat ni pergi blah je macam tu? Teriakan Arianna dia biarkan. Lantak la dengan kerja tu. Aku kisah apa? Adam terus berlalu pergi.

******
Adam menghempaskan dirinya ke atas katil. Matanya liar menelaah dormnya sendiri. Rakan sebiliknya, Lee Chi San entah ke mana hilangnya. Kejadian pagi tadi menjengah kotak mindanya.

Apa hal prof Lee mintak jumpa ni? Tetiba saja... Adam mempercepatkan langkahnya.Tidak tega rasanya dia  hendak membiarkan badannya 'diratah' hidup-hidup oleh Professor Lee a.k.a 'holang-i' (Harimau Pintar). Professor yang berkepala botak licin dan sering mengenakan pakaian makmal walau dimana pun dia berada itu memang terkenal garangnya. Tidak jauh dihadapan, kelihatan seorang siswi berjalan pantas dari arah yang bertentangan. Nampaknya, bukan dia seorang yang dipanggil oleh professor Harimau itu. Arianna berhenti menapak apabila menyedari Adam turut serta. Langkah mereka terhenti. Pandangan mereka bertaut. Adam tidak pernah dapat mengenali Arianna, penuntut Malaysia sepertinya. Selama ini, dia hanya mampu memerhati Arianna dari jauh. Satu-satunya gadis yang tidak sekali pun cuba mendekati dirinya. Arianna, tanpa mempedulikan Adam, terus menguak pintu bilik prof Lee. Ego Adam tercalar. Sombong! Bukannya nak tegur aku.

"Excuse me, prof, is there any problem?" Arianna berbasa basi. Ada ke dia buat salah? Setahunya, sepanjang minggu ini, dia tidak punya masa hendak buat masalah di universiti itu. Assignment dia settle kan semuanya, apa lagi? Adam mengambil tempat disebelah Arianna. Gadis itu langsung tidak memberi perhatian kepadanya. "No, nothing. I'm here to discuss with both of you about a science project. An assignment. To be finished by the two of you before next month."

The two of you?!
What was that suppose to mean?

"Emm prof, you mean, me... and Arianna?" Tanya Adam untuk kepastian. Dalam hati, Arianna benar-benar berharap agar dia tidak disatukan dengan Adam dalam satu kumpulan. Bukannya dia tidak kenal dengan Adam, lelaki yang teramat sangat berlagak dan selalu membiarkan kerjanya disiapkan oleh orang lain. Adam, luas pengaruhnya di kampus itu. Semua penuntut wanita menggilainya. Semua kecuali dirinya. Entah mengapa, dia tidak ada walau secalit pun perasaan pada lelaki tampan yang berada di sebelahnya. Ya, dia akui, Adam memang tampan.

"Yup, you... and Arianna will be together as one team" 

Adam terkejut. Arianna tersentap.
"But,"
"Arianna, both of you are Malaysian, sure you can communicate in your language. It will be much easier for you guys to settle the project"
"But,"
"No but, Arianna."

Adam yang sedari tadi membisu mencelah. "Prof, sure you're just kidding, right? All this time, I work with Andrew or Seuk Jin and Arianna with someone else. And yet, we're okay... We don't need to be as a team."
Arianna mengangguk. Ya... dia selesa dengan Ah Ra. "My decision is final. No change. You and Arianna."
Arianna hampa. Adam kecewa.Dia dapat rasakan yang dia dan Arianna tidak mungkin sebulu. Tadi pun dia sudah berasa geram dengan Arianna yang tidak mengendahkan kehadirannya. "Nothing else and you may go."

Arianna melangkah keluar dengan perasaan yang tidak puas hati. Tak nak...aku nak dengan Ah Ra. "Oi!"
Langkahnya dihentikan. Anak siapa yang kurang adab yang panggil dia macam tu? Aku ada nama lah!
Arianna membuat pusingan 180 darjah. Adam. "Okay, I know we both doesn't want to be in one team. So, I think I just have to let you with the project. Sure you can finish it by yourself, right?" Tutur Adam lancar. Apa? kau nak aku siapkan sorang-sorang? " I'm sorry Mr Adam, but... this project, has to be done by the two of us. Not only me..." Balas Arianna. Banyak handsome muka kau nak aku buat projek ni sorang-sorang.

"Do I look like I really care about that?"
"Oh..do I look like I really want to finish the project by myself?"

Wajah tidak bersalah Arianna ditenung dengan perasaan geram yang bukan kepalang. 

"Do you know me?"
"Yeah, ofcourse, you're a human, can't be an animal, right?"

Amboi, kau nak samakan aku dengan binatang pulak? Arianna masih dengan wajah tidak bersalahnya. Mamat ni mesti diajar, fikirnya. Sesedap rasa saja dia nak lepas tangan. "My name, Tengku.."
"Adam Syed Farriel bin Tengku Zainal Syed Mukhris. I know that." Sambung Arianna. "Tapi, itu tak bermakna kau boleh lepas tangan macam tu saja." Arianna melemparkan senyuman paling sinis kepada Adam."I can finish it, but I'll make sure that only me, will get the marks." Arianna melangkah setapak kehadapan. Wajah Adam yang merah padam dek terlalu marah dipandangnya dengan senyuman mengejek.

"100 percents marks on me, and you'll get nothing.."

NEXT EPISODE

"Kalau kau mengantuk, balik lah, jangan paksa diri.."
"Hah? oh..tak lah.. aku okey"

Is that, Angel? Dia menggosok matanya. Beberapa kali dipejamkan.

"Wae? Something is not right?"
"No, you look... "
Tangan gadis itu dicapai,
"...perfect" bisiknya.

No comments:

Post a Comment