Translate my post to your language :D

Sunday 13 October 2013

I Love You , Pabo (Episod 2)

Arianna masih dengan wajah tidak bersalahnya. Mamat ni mesti diajar, fikirnya.

"I can finish it, but I'll make sure that only me, will get the marks" Arianna melangkah setapak kehadapan. Jarak antara dia dan lelaki yang santai dengan baju Polo berwarna hitam berlengan pendek dan berseluar jean kini hanya sekaki. Wajah lelaki yang berkulit kuning langsat itu dipandang dengan senyuman mengejek.

"100 percents marks on me, and you'll get nothing.."

Adam mencerlungkan pandangannya ke arah Arianna. "Dare you?"Tanya Adam. Eh perempuan ni, berani dia nak ugut aku?

"What? You think I'm not?" Wajah Arianna tidak beriak. Wah.. untung gila aku dapat tengok mamat ni marah. Selama ni dia asyik dengan muka kasanova dia je. Huhuhu...caya la!

Adam semakin baran dengan Arianna. Tangannya dikepal-kepal bagi meredakan kemarahannya. Wajah Arianna yang selamba dan tidak bersalah itu ditenung dengan perasaan marah yang hanya Tuhan yang tahu.

Muka Arianna merah. Ah...tak dapat tahan lagi! "hahhahahahha!!!" Pecah ketawanya. Aduh... 'handsome' gila muka laki bajet ni marah! Matanya berair. Segera dia kesat. Huh..oksigen!

"Kau apasal?!" Adam semakin hilang sabar dengan gelagat Arianna. Tetiba saja gelak. Apa yang lawak sangat? "Don't make me loss my patience on you, Arianna". Egonya seperti dipijak-pijak oleh perempuan yang berada dihadapannya.

Semakin galak Arianna ketawa. Gayanya seperti hendak berguling-guling di kaki lima koridor yang menempatkan bilik prof Lee. Wajah Adam diperhatikan untuk kali kedua. Muka Adam yang sedang marah bagai nak gila itu, tak ubah seperti cerek air yang sedang dijerang. Hidungnya seperti berasap, darahnya boleh dikatakan sedang menggelegak,panassss... kalau dibiarkan lama sedikit, pasti akan berbunyi seperti wisel menandakan sabarnya sudah habis.Oh...memang tidak tahan. 

Arianna sedaya upaya menghabiskan sisa tawanya. Tarik nafas, hembus... Tarik, hembus... "Okey, so, macam mana? Kau nak buat sekali and markah kita share... Atau kau nak aku je yang buat and kau tak dapat apa- apa." Dia mula membuat tawaran. "Mana satu kau nak". Adam merenung tepat ke arah Arianna. Selama ini, dia tidak pernah menyiapkan kerjanya. Semua dan segalanya diselesaikan oleh, Andrew, penuntut berkaca mata besar dari Amerika, atau Park Seuk Jin, rakannya yang selalu mendampingi dan menurut apa sahaja arahannya demi menumpang kesenangannya. Tapi, mustahil dia hendak mengupah dan membiarkan Arianna yang menyiapkan tugasan itu untuknya. Dia tahu, Arianna bukan orang yang sebegitu.

Arianna memetik jarinya beberapa kali di hadapan Adam. "Hello... dah sampai mana kau mengelamun? Sampai Malaysia ke?" Adam tersedar. Dia berdehem. " Okey, aku buat sekali." Arianna tersenyum puas. "Good, kan senang macam tu. Jumpa tengah hari nanti." Senyuman paling manis dilemparkan kepada Adam. "Bye. Jangan lupa, tengah hari ni, dekat sini." Dan dia terus melangkah pergi.

Dan disitulah bermulanya pertengkaran antara dia dengan Arianna.

******
"Kau tengok ni!" Kertas-kertas kerja setebal kamus dihempaskan ke atas meja. Arianna tersentap. Kertas kerja itu di pandangnya tanpa perasaan. "Apa masalah kau?" Arianna bersuara. Wajah Adam dipandang. kok ye pun ada problem dengan girlfriend ke, tak payah lah nak lepas dekat aku. Adam menajamkan matanya. Apa masalah aku? "Hoi! kau tengok, macam mana kau buat kerja ni? Benda senang macam ni pun kau buat salah?" Arianna buat tak endah. dia terus menyambung kerjanya yang tergendala dengan kehadiran Adam. Buku 'Fundamentals of Physics' karya David Halliday, Robert Resnick dan Jearl walker dijadikan rujukan. 

Adam berasa tercabar dengan lagak Arianna yang tidak mempedulikan dirinya."Woi!" meja dihentak dengan kuat. Dia masih setia berdiri dihadapan Arianna walaupun gadis itu buat tidak endah dengan kehadirannya. "Kau ingat aku ni tiang yang tengah terpacak dekat depan kau ke?" Sekali lagi, meja dihentak kasar pula oleh Arianna " Woi! apa masalah kau datang tiba-tiba lepas tu main hentak-hentak meja orang?" Tahap kesabaran Arianna sudah melebihi hadnya. Dia kini berdiri bersetentangan dengan lelaki yang egonya melambung tinggi. Sudah hampir sebulan dia bersabar dengan kerenah anak tengku dihadapannya. Sudah la aku yang kena buat kerja dia, lepas tu bila aku buat salah, dia nak marah aku pulak? Tempoh masa bagi menyiapkan projek mereka sudah hampir tamat, akan tetapi, dia masih tidak dapat mencari titik persefahaman antara dia dengan Adam.

Adam merapatkan jarak antaranya dengan Arianna. Sekali lagi, dia terpersona dengan imej Arianna yang tampil dengan t-shirt polos berlengan panjang berwarna 'baby pink' dan berseluar legging dipadankan dengan kasut boots. Kali ini, Arianna sengaja melepaskan rambutnya yang mengurai panjang. Liurnya ditelan. Arianna masih memandang Adam. "Asal diam? Cat catches your tongue ?" Adam tersedar daripada lamuannya. Wajahnya kembali serius.

"Listens, Arianna Syatillah. Aku nak kau betulkan balik kerja ni. Somehow, I want the mistake, to be corrected"
"You, listens to me, Tengku Adam Syed Farriel. That, is your job. Not mine. So, somehow, I will not going to correct it."

Nafas Adam semakin tidak teratur. Perempuan ni dah melampau. Sangat melampau, fikirnya. Arianna, masih dengan pendirian. "Kau lelaki sejati atau jantan, Adam? Kau nak mengamuk dengan aku? Sah kau jantan." Arianna kembali duduk. Kerja yang terhenti tadi disambung semula. Adam masih tidak melepaskan pandangannya. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. Senyuman sinis terukir. Dalam diam, dia merencanakan sesuatu.

Kau budak geniuskan, Arianna? 

"You want me to finish my work by myself, Arianna?"Soal Adam sambil tersenyum dengan senyuman yang sukar ditafsirkan "Are you trying to compete with me, Arianna?" Arianna memandang Adam dengan wajah yang bengang. Tak blah lagi rupanya mamat ni. Menyemak je. Huh!

"I'm okay with that." Adam berlalu pergi. Sebelum itu, dia sempat berpaling semula ke arah Arianna.
"We'll wait. Who's going to the top and who's going to the core of the earth" Sambungnya.

Arianna mencerlung. Oh... finally get the spirit, huh?  
"Ahhh... so creepy... do you think I really care about that?" Balasnya. Huh! Menjengkelkan.
"Go to heaven with that la!"

No comments:

Post a Comment