Translate my post to your language :D

Friday 11 October 2013

I Love You, Pabo (Prolog)

Ya Tuhan...kenapa lah Kau menemukan aku dengan lelaki haprak macam lelaki kat depan aku ni?Dah tak ada manusia yang bergelar lelaki lain ke yang layak jadi BOSS aku?Kenapalah dunia ni punyalah besar, tapi end up bekerja dengan lelaki ni jugak?Kalau lah aku mampu, dah lama muka mamat berlagak tahap petala langit ketujuh ni aku gilis-gilis dengan motor kapcai 70 an ayah aku..eii...

"Oi! Dengar ke tidak apa yang aku cakap ni??" Sergah Tengku Adam Syed Farriel. Menggelabah Arianna apabila ditengking sebegitu rupa oleh bos nya."DDengar tengku."Adam tersenyum sinis.Suka dia melihat gelagat Arianna apabila menggelabah. " Listen carefully to what I'm saying, aku nak kau buat proposal ni semula, dan pastikan, jangan ada satu pun kesalahan." Arianna tunduk akur. Bukan dia sengaja melakukan kesilapannya itu. "Another one mistake and you are fired. Understand?" Arianna mengangguk. Gelagatnya tak ubah seperti burung belatuk. "SSaya mintak diri dulu, ttengku"

Cepat-cepat Arianna melangkah keluar. Ya Rabbi, berapa lama lagi aku kena berkubu dekat sini? Jam di dinding telah menunjuk ke angka 10 malam. "Another one mistake and you are fired. Understand?" ajuk nya semula. Heh, nasib baik bos... kalau tak, buka tali pinggang hitam lah aku dekat kau.Aku ada taekwando.. Dia melangkah longlai ke cubicle nya. Keluhan dilepaskan. Pabo punya bos,cetek akal punya majikan,salah sikit pun tak ada kompromi. Tahan aku sampai lewat malam. Dia menjuihkan bibirnya.

Adam hanya memerhati Arianna dari jauh. Gadis bertudung litup, berwajah putih bersih bak salju dan bibirnya bak delima merekah memang mampu meruntun hati mana-mana yang melihat. Gadis itu, tidak pernah melawan perintahnya. Sentiasa tunduk akur dengan setiap apa yang diarahkannya.Gadis itu,...

Persoalannya, apa salah Arianna sampai dirinya selalu dimarahi  tak tentu pasal. Hmm...kalau tak disebabkan Arianna selalu mencari pasal dengan Adam ketika di universiti dahulu, tak ada nya dia buat begini. Padan muka kau, lain kali cari nahas dengan aku. Baru kau kenal siapa Tengku Adam Syed Farriel bin Tengku Zainal Syed Mukhris.

******
Adam berkerut tatkala membaca proposal yang disiapkannya.Sudah menginjak ke satu pagi. Tolonglah terima..please.. aku dah tak larat nak bersengkang mata buat benda alah ni lagi.Adam mengintai wajah mamai Arianna. Setiap kali Arianna tersengguk, setiap kali itu jugalah dia menyembunyikan senyumannya. Hahah..what a funny little thing la kau ni Arianna."hmm..not bad, but still ada beberapa kesalahan" 

OH TIDAK....ANDWAE...

Oleh sebab beauty sleep nya menggesa minta dipenuhi,Arianna melutut depan Adam. "Adam..please, aku betul-betul tak larat. Nanti balik kena naik bas.." 

Tu pun kalau ada bas

"Hari pun dah malam...esok kena datang kerja lagi,aku mengantuk... atleast dapat tidur sekejap pun jadilah"

Tu pun kalau dapat.

Ahhh...dia dah tak peduli kalau Adam nak mengejeknya kerana berlutut dihadapan lelaki itu. Kalau Adam berasa dirinya seperti segala hamba abdi, segala kuli, segala orang gaji,segala tea lady, segala macam segala pun dia sudah tidak ambil pusing.Kemudian dia sedar, dia tidak lagi mamanggil Adam dengan panggilan tengku. Bibirnya diketap. Marahkah Adam?? Ahhh...dia 'sangat' peduli akan hal itu.Saat itu, yang bermain di layar mindanya hanyalah bantal busuknya yang berwarna merah jambu dan lembut serta empuk itu.


Adam buat muka toya. Dalam hati sudah bergelak sakan. Hwahahahah...berjaya jugak aku mengenakan kau. Adam tersenyum mengejek. "Habis tu bila lagi kau nak selesaikan kerja ni? Eh...kau kena ingat tau, nasib kerjaya kau dekat syarikat Mukhris Enterprise are all in my hand. Anytime aku boleh pecat kau." Adam tersengih. Dia bersandar pada belakang kerusinya."Or maybe, you don't need your job anymore, huh?" Mata Arianna dipandang tepat. Segaris senyuman terukir diwajahnya. Wajah pucat lesi gadis dihadapannya seolah menjadi suatu hiburan baginya

Arianna terpaku.Aku tak nak kena pecat!

NEXT EPISODE

"Hei laki, kau ingat, kau anak tengku, kau boleh buat ikut suka hati kau? Kau fikir kau siapa?"
"Hei perempuan, kau pulak? Kau siapa nak mengarah aku buat apa yang aku tak nak? You are not my parents or anyone."

Senyuman sinis terukir. Dalam diam, dia merencanakan sesuatu.

"We'll wait. Who's going to the top and who's going to the core of the earth"
"Ahhh....so creepy...do you think I really care about that? Go to heaven with that la"



No comments:

Post a Comment